Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (empat dari kanan) menyerahkan kad cura Ikon Mahabbah Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) kepada Ustaz Don Daniyal Don Biyajid (dua dari kiri) sebagai simbolik pengenalan ikon itu sempena majlis Hi-Tea Tautan Ukhwah Syarikat Korporat dan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di Hotel Acapella, Shah Alam pada 9 April 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Ustaz Don Daniyal dilantik Ikon Mahabbah Yide

SHAH ALAM, 10 APRIL: Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dilantik sebagai Ikon Mahabbah Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide).

Pengerusinya berkata penceramah selebriti itu dilantik bagi memperkenalkan agensi berkenaan kepada masyarakat terutama membabitkan kerja kebajikan dilaksanakan sehingga kini.

“Kerjasama akan berlangsung selama setahun iaitu sehingga Februari 2022. Selain itu, Ustaz Don yang amat dikenali di seluruh negara akan turut membantu Yide membuat kutipan infak bagi membolehkan kita membantu lebih ramai golongan kurang mampu,” kata Dato’ Bakhtiar Hussin.

Beliau berkata demikian selepas program tautan ukhwah korporat dan sesi memperkenalkan Ikon Mahabbah Yide di Hotel Acapella di sini semalam.

Sementara itu, Don Daniyal berkata pelantikan sebagai ikon adalah satu tanggungjawab besar dan misi utama beliau adalah mendidik masyarakat untuk membantu lebih ramai anak yatim di negeri ini.

“Untuk makluman, sehingga kini terdapat 8,000 anak yatim bernaung di bawah Yide. Oleh itu, antara kaedah yang betul ialah memberi maklumat lebih tepat kepada orang ramai mengenai mereka, salah satunya melalui bacaan khutbah,” katanya.


Pengarang :