BERITA UTAMAPENDAPATRENCANA

Vaksin selamatkan anda selamatkan semua

Negara membawa masuk dua vaksin iaitu Pfizer dan Sinovac dalam mendepani pandemik Covid-19 sejak lebih setahun lalu manakala beberapa vaksin lain masih dalam peringkat penilaian.

Sehingga 30 Mac 2021, lebih 7 juta rakyat sudah mendaftar untuk mendapatkan vaksin. Sementara itu, lebih 500,000 sudah menerima vaksin dos 1 dan dos 2.

Melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dilancarkan pada 16 Februari lalu, kerajaan memberi tumpuan kepada petugas hadapan, ahli parlimen, ahli Dewan Undangan Negeri dan kumpulan pesakit berisiko bagi fasa pertama serta kedua pemberian vaksin.

Berikut merupakan maklumat-maklumat penting pemberian vaksin yang perlu anda tahu. Anda juga boleh layari vaksincovid.gov.my untuk maklumat lanjut.

Siapa yang patut ambil vaksin covid-19?

  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Komorbid* berisiko tinggi mengalami kesan yang teruk akibat Covid-19 jika dijangkiti

* Komorbid ditakrifkan sebagai individu yang mempunyai dua atau lebih penyakit atau keadaan perubatan yang tidak berkaitan secara serentak. Oleh itu, individu yang mempunyai lebih dua penyakit perlu diberikan vaksin bagi melindungi mereka daripada mengalami kesan teruk jangkitan Covid-19

Kumpulan berisiko tinggi yang layak mendapat vaksin

Individu berpenyakit kronik disenaraikan sebagai Kumpulan Utama yang layak menerima vaksin iaitu:

  • Diabetes
    * Sama ada jenis 1 atau 2
  • Obesiti
    * Mempunyai indeks jisim tubuh (BMI) melebihi 40 dan penyakit berkaitan obesiti
  • Hipertensi atau tekanan darah tinggi
  • Hiperkolesterolemia atau kolesterol tinggi dalam darah
  • Barah
    * Stabil dan telah selesai rawatan
  • Penyakit jantung
    * Kongenital
    * Atrial fibrilasi
    * Penyakit arteri koronari
    * Lemah jantung
  •  Penyakit paru-paru
    * Asma
    * Penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD)
  • Hamil dengan komorbid
    * Boleh diberikan vaksin antara 14 hingga 33 minggu
  • Penyakit buah pinggang kronik
    * Tahap 3 hingga 5
    * Menjalani dialisis

Boleh diberikan vaksin walaupun dalam keadaan

  • Selepas kesakitan akut (teruk)
    * Demam – diberikan vaksin dua minggu selepas penyakit
  • Selepas mendapat vaksin lain
    * Dua minggu selepas diberikan vaksin
  • Ibu menyusu
  • Alahan ringan
    * Makanan
    * Ubat-ubatan
    * Gigitan serangga (ruam, gatal, bengkak)
  • Virus kurang daya tahan manusia (HIV)
    * Hingga keadaan stabil

Kontradiksi terhadap pemberian vaksin

Kontradiksi adalah gejala atau keadaan yang menjadikan sesuatu rawatan berisiko. Terdapat beberapa keadaan yang menjadikan pemberian vaksin tidak sesuai iaitu:

a) Alahan teruk dan anafilaksis (reaksi alahan serius yang terjadi secara tiba-tiba dan boleh membawa maut) selepas menerima dos pertama vaksin Covid-19
* Pesakit dalam keadaan itu disaran jangan ambil dos kedua

b) Alahan teruk dan anafilaksis terhadap vaksin, ubat-ubatan atau bahan lain

Rujuk doktor jika:

  • Mempunyai alahan dan tidak pasti mengenai tahap alahan
  • Bincang jadual pemberian vaksin jika termasuk dalam salah satu kumpulan berisiko tinggi di bawah
    a) Penyakit berkaitan darah termasuk mereka yang mengambil ubat seperti ubat pencairan darahb) Lemah sistem imun (daya tahan) disebabkan penyakit atau ubat-ubatan
  • Pesakit barah yang sedang menjalani rawatan
  • Penyakit autoimuin (penyakit sistem imun tubuh seseorang menyerang sel atau tisunya sendiri)
    * SLE dan artritis reumatoid yang mengambil ubat tertentu
  • Mengambil steroid berterusan

Sumber: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

 


Pengarang :