Ketua Pegawai Eksekutif Worldwide Holdings Berhad, Datin Paduka Norazlina Zakaria (dua kari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor, Saipolyazan M Yusop (tengah) memegang cek cura agihan zakat syarikat itu pada 8 April 2021. Foto SHEEDA FATHIL/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Worldwide Holdings agih lebih RM300,000 zakat, manfaat 30 asnaf

SHAH ALAM, 9 APRIL: Worldwide Holdings Berhad (Worldwide Holdings) mengagihkan RM343,794 wang zakat untuk manfaat kira-kira 30 asnaf miskin di Selangor.

Ketua pegawai eksekutif berkata daripada jumlah itu, RM200,000 diperuntuk bagi bantuan modal perniagaan dalam bentuk motosikal roda tiga, latihan dan perbelanjaan.

Datin Paduka Norazlina Zakaria menjelaskan sejumlah RM93,794 pula untuk penerima yang mahu memulakan atau mengembangkan perniagaan.

“Manakala, bakinya (RM50,000) diperuntuk untuk mereka yang memerlukan bantuan peralatan perubatan antaranya seperti katil, kaki palsu atau kerusi roda.

“Agihan ini bertujuan meringankan beban kewangan penerima daripada aspek kesihatan di samping menyuntik semangat untuk memulakan perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Agihan Wang Zakat Worldwide Holdings di Mercu Worldwide di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor, Saipolyazan M Yusop dan Pengerusi Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (Teras), Dato’ Ibrahim Md Yusof.

 


Pengarang :