Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) melancarkan Buku Dasar Pendidikan Yayasan Selangor ketika Majlis Memeterai Kerjasama Program Pendidikan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Yayasan Selangor di kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar, Shah Alam pada 28 April 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Yayasan Selangor perkenal buku dasar tentu hala tuju pendidikan

SHAH ALAM, 29 APRIL: Yayasan Selangor memperkenal buku dasar bertunjangkan falsafah pendidikan negara yang menjadi teras utama dalam menentukan hala tuju dan objektif pendidikannya.

Pengarah kanan pendidikannya berkata Buku Dasar Pendidikan memperincikan semua polisi berkaitan bahagian hal ehwal pelajar, pembiayaan dan asrama pusat yayasan itu.

“Kita memang memiliki keupayaan untuk setiap tatacara operasi piawai (SOP), jadi buku ini menunjukkan kita memang sudah lama dalam bidang pendidikan.

“Malah, ia disusun mengikut buku dasar kebangsaan dengan segala proses kerja lebih teliti dan berintegriti,” kata Zahura Zakry.

Pelancaran buku berkenaan disempurnakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada majlis memeterai kerjasama program pendidikan sempena ulang tahun ke-50 Yayasan Selangor di kediaman Dato’ Menteri Besar di sini semalam.

Zahura berkata setiap proses pembentukan dasar mendapat pengesahan badan tertentu dan buku mempunyai lebih 200 halaman meliputi tiga bahagian akan ditambah baik pada masa depan melibatkan sebarang dasar baharu, dasar sedia ada termasuk proses kerja.


Pengarang :