Petugas Lembaga Zakat Selangor (LZS) meneliti maklumat Umar Abdullah dan isteri untuk menerima bantuan zakat asnaf pada 9 April 2021. Foto Facebook LZS
AGENSISELANGOR

Zakat Selangor santuni suami isteri mualaf, OKU

SHAH ALAM, 9 APRIL: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menziarahi dan menyantuni sepasang suami isteri mualaf bagi meneliti bentuk bantuan asnaf yang akan disalurkan.

Agensi berkata Umar Abdullah dan Siti Aisyah Abdullah yang menetap di Hulu Selangor memeluk Islam sejak Januari tahun lalu.

“Umar yang juga merupakan orang kelainan upaya (OKU) fizikal terus gigih mengusahakan perniagaan cucian kereta dibantu isterinya.

“LZS hadir bagi mengemas kini maklumat dan menyemak keperluan Umar dan keluarga agar dapat terus disantuni oleh pihak zakat,” tulisnya di Facebook.

Agensi juga mengucapkan terima kasih kepada pembayar zakat kerana wang yang disalurkan dapat membantu mereka yang memerlukan.


Pengarang :