Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan MBPJ Jalan 51A/227, Petaling Jaya pada 24 Mei 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

301 individu disyaki positif Covid-19 di DUN Subang Jaya, Seri Setia

SHAH ALAM, 24 MEI: Seramai 301 individu berkemungkinan positif Covid-19 menerusi Saringan Komuniti yang dijalankan di dua lokasi semalam.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan jumlah itu merangkumi 130 kes di Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya dan 171 kes lagi di DUN Seri Setia.

“Di DUN Subang Jaya, seramai 5,096 individu menyertai ujian saringan percuma manakala di DUN Seri Setia, seramai 2,445 individu turut serta menerima manfaat ujian percuma ini.

“Kerajaan Negeri akan meneruskan dan memperluaskan usaha ini,” katanya menerusi Facebook.

Amirudin berkata menerusi saringan itu, sebanyak 97.4 peratus atau 4,966 individu di DUN Subang Jaya negatif, manakala 93 peratus atau 2,274 orang di DUN Seri Setia juga negatif.

Semalam, Amirudin memaklumkan sebanyak 1,494 kes disyaki positif dikesan menerusi hasil saringan di 18 kawasan DUN sekitar Hulu Langat, Gombak dan sebahagian Petaling.


Pengarang :