Bangunan Majlis Bandaraya Subang Jaya pada 20 Oktober 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

87 kakitangan MBSJ positif Covid-19 sejak pandemik

SHAH ALAM, 25 MEI: Seramai 87 kakitangan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dikesan positif Covid-19 sejak pandemik bermula Mac tahun lalu.

Datuk Bandar Noraini Roslan bagaimanapun berkata sehingga kini terdapat 17 kes yang masih aktif.

“Pada masa sama, seramai 590 kakitangan telah menerima suntikan vaksin Covid-19 dan daripada jumlah itu, 572 telah menerima dos kedua,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Penuh MBSJ secara dalam talian hari ini.

Mengulas lanjut, Noraini berkata sebanyak empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bawah pihak berkuasa tempatan itu melaksanakan Saringan Komuniti iaitu Seri Kembangan, Seri Serdang, Kinrara dan Subang Jaya dengan 12,522 jumlah saringan.

“Tujuan saringan bagi memastikan semua lapisan masyarakat dapat disaring termasuklah individu yang tidak bergejala bagi mengurangkan risiko merebak di tempat kerja dan komuniti,” katanya.


Pengarang :