Petugas menyukat suhu orang ramai yang hadir pada program Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma di Dewan MBSA Paya Jaras Tengah, Sungai Buloh pada 26 Mei 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

ADN Paya Jaras setuju saringan rumah ke rumah, anggap langkah terbaik

SUNGAI BULOH, 26 MEI: Ahli Dewan Negeri (ADN) Paya Jaras menyokong hasrat Kerajaan Selangor untuk mengadakan saringan dari rumah ke rumah bagi mengekang penularan Covid-19.

Mohd Khairuddin Othman berkata pihaknya juga bersedia menawarkan bantuan bersesuaian untuk memastikan inisiatif tersebut berjalan lancar dan mencapai matlamat.

“Kita alu-alukan saringan melalui kaedah ini. Ia merupakan antara langkah terbaik dan kita sedia membantu,” katanya ditemui pada program Saringan Komuniti di Dewan MBSA Paya Jaras Tengah di sini.

Program pengawasan wabak di kawasan terbabit merekodkan lebih 3,000 peserta yang mendaftar melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) dan hadir terus di lokasi.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar berkata ujian Covid-19 dari rumah ke rumah mungkin dibuat sebaik selesai Saringan Komuniti di seluruh negeri pada 10 Jun.

Bagaimanapun, Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan pelaksanaan bergantung kepada jumlah tenaga kerja yang memerlukan antara 60 hingga 70 petugas.

Selangor menjadi negeri pertama memulakan saringan dari rumah bermula April tahun lalu bagi mengesan jangkitan Covid-19 dalam kalangan penduduk.


Pengarang :