Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin Covid-19 AstraZeneca di Kuala Lumpur pada 5 Mei 2021. Foto REUTERS
AGENDANASIONAL

Anwar gesa segerakan suntikan vaksin buat pengamal media

SHAH ALAM, 26 MEI: Kerajaan digesa mempercepat suntikan vaksin kepada pengamal media berikutan golongan itu antara paling ramai dijangkiti Covid-19.

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata golongan itu sebahagian petugas barisan hadapan yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat kepada rakyat.

“Ramai petugas media dikhabarkan telah dijangkiti Covid-19. Tanggungjawab mereka galas mampu mengolah persetujuan umum.

“Justeru, saya gesa kerajaan untuk mempercepatkan langkah ini dan dedahkan mekanisme terbaik dalam memungkinkannya,” tulisnya di Twitter hari ini.

Semalam, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata lebih 5,000 pengamal media dari 144 agensi berdaftar akan diberi janji temu vaksin dalam masa terdekat.

 


Pengarang :