EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han (tengah) bersama Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu (dua, kiri), EXCO Pembangunan Sosio Ekonomi, Kebajikan Masyarakat Dan Pemberdayaan Pekerja, Ganabatirau Veraman (kiri), EXCO Hal Ehwal Agama Islam Dan Hal Ehwal Pengguna Dan Industri Halal, Mohd Zawawi Ahmad Mughni (dua, kanan) dan Pemangku Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan (kanan) bergambar bersama ketika Majlis Perkhidmatan Bas Smart Selangor Bagi Laluan Tambahan (SA09) di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun, Shah Alam pada 1 Mei 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Bas Smart Selangor diluaskan di Kota Raja

SHAH ALAM, 1 MEI: Kerajaan Selangor menambah laluan perkhidmatan Bas Smart Selangor sekitar Parlimen Kota Raja bagi memudahkan urusan pengangkutan penduduk sekitar.

EXCO pengangkutan berkata laluan S09 itu melibatkan jarak sejauh 21 kilometer yang mula beroperasi hari ini dari jam 6 pagi hingga 10 malam.

“Ini adalah inisiatif Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam menyediakan kemudahan pengangkutan untuk orang ramai yang tinggal di kawasan luar bandar. Secara tak langsung, ia membantu perkembangan ekonomi setempat.

Pengguna Bas Smart Selangor mengimbas kod QR aplikasi CEPat serta mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak sebelum menaiki pengangkutan awam itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun, Shah Alam pada 1 Mei 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Laluan tambahan ini juga merupakan percubaan penggunaan bas bersaiz lebih kecil iaitu lapan meter untuk kesesuaian jalan desa. Sebelum ini bas digunakan bersaiz 12 meter,” kata Ng Sze Han selepas melancarkan laluan tambahan berkenaan.

Hadir sama Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu; Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni; ADN Kota Kemuning, V Ganabatirau dan pemangku Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan.

Sze Han berkata laluan bermula dari pasar raya Aeon Big BuKit Rimau dan berakhir di Kampung Jalan Kebun, Seksyen 32 itu menggunakan empat bas berkapisiti 45 penumpang dengan kekerapan antara 15 hingga 25 minit.

Katanya, kos operasi itu dibiayai sepenuhnya oleh MBSA dengan peruntukan berjumlah RM1.1 juta setahun.

“Keseluruhannya, Selangor menyediakan 50 laluan bas percuma dengan 172 bas termasuk PJ City Bus bagi kegunaan awam sejak diperkenalkan,” katanya.


Pengarang :