Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan Serbaguna Seksyen 7, Bandar Baru Bangi pada 4 April 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: Jangkitan di Selangor mendadak, cecah empat angka

SHAH ALAM, 5 MEI: Kes Covid-19 di Selangor naik mendadak apabila 1,548 jangkitan baharu dilaporkan hari ini, berbanding 675 kes semalam.

Kementerian Kesihatan Malaysia berkata 968 kes dikesan hasil saringan kontak rapat serta 495 jangkitan dikenal pasti dari lain-lain saringan.

“83 kes dari kluster sedia ada termasuk kluster baharu iaitu kluster Setia Prima, Seruling Dua Belas dan Taman Medan manakala dua kes import turut dikesan,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan separuh jangkitan iaitu 799 kes dilaporkan di Petaling melibatkan mukim Petaling (325), Damansara (248), Sungai Buloh (171) dan Bukit Raja (55).

Diikuti daerah Hulu Langat dengan 256 kes iaitu Kajang (85), Cheras (84), Ampang (62), Hulu Langat (14) dan Semenyih (11).

“Sebanyak 164 jangkitan di Gombak, masing-masing Batu (82), Rawang (30), Hulu Kelang (28), Setapak (16) dan Kuang (lapan) manakala Klang catat 163 kes melibatkan Klang (156) dan Kapar (17).

“Sepang rekodkan 40 kes dengan Dengkil (36), Sepang (tiga) dan Labu (satu). Di Kuala Langat terdapat 30 kes iaitu Tanjung Dua Belas (14), Telok Panglima Garang (13), dan Batu (tiga),” katanya.

Agensi berkata Kuala Selangor merekodkan 25 kes baharu dengan Ijok (17), Api-api (empat), Bestari Jaya (dua) manakala Jeram dan Kuala Selangor (satu).

“Sebanyak 24 kes di Hulu Selangor iaitu Serendah (15), Ampang Pecah (lapan) dan Batang Kali (satu).

“Sabak Bernam catat 13 kes melibatkan Pancang Bedena (enam), Sungai Panjang (tiga), Pasir Panjang (dua) serta Sabak dan Bagan Nakhoda Omar (satu),” menurut JKNS.


Pengarang :