Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian Covid-19 terhadap seorang kanak-kanak ketika Saringan Bersasar Komuniti di Dewan Kampung Lindungan PJS 6, Petaling Jaya pada 21 Februari 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Covid-19: Kanak-kanak tiga tahun antara 60 kematian, 15 maut di Selangor

SHAH ALAM, 25 MEI: Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun antara 60 kematian yang direkod hari ini akibat jangkitan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata mangsa yang ada sejarah penyakit leukimia meninggal dunia di Hospital Wanita dan Kanak-kanak, Likas, Sabah.

Pada 4 Februari lalu, seorang bayi lelaki berusia empat bulan yang ada masalah janting maut akibat jangkitan virus berkenaan di Hospital Tawau.

Selain itu, Dr Noor Hisham dalam kenyataan hari ini berkata empat negeri merekod kes kematian tertinggi iaitu 15 orang di Selangor, Johor (10), Sarawak (6) dan Kedah (6) manakala empat lagi sedia kala mati (brought in dead).

Sarawak dan Kedah pula mencatat enam kes, Kuala Lumpur (lima), Sabah, Pulau Pinang, Kelantan dan Perak (tiga), Negeri Sembilan dan Melaka (dua) manakala Pahang dan Terengganu (satu).

Kebanyakan mangsa, majoritinya lanjut usia, ada pelbagai latar belakang penyakit antaranya kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dislipidemia dan jantung.

Jumlah berkenaan menjadikan keseluruhan 2,369 individu maut di seluruh negara akibat wabak sejak lebih setahun lalu.


Pengarang :