Orang ramai patuh menggunakan pelitup muka selepas Kerajaan mewajibkan penggunaan pelitup muka di tempat awam dan sesak bagi mengawal penularan Covid-19. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Covid-19: Sabak Bernam catat kes bawah 10

SHAH ALAM, 14 MEI: Hanya daerah Sabak Bernam yang mencatat bilangan kes Covid bawah 10 semalam.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan sembilan kes dicatat di daerah itu dengan empat kes di mukim Panchang Bendena, Sungai Panjang (tiga) dan Sabak (satu) dan Bagan Nakhoda Omar (satu).

“Petaling kekal daerah tertinggi jangkitan dengan 871 kes diikuti Hulu Langat (321), Klang (244) dan Gombak (135).

“Manakala daerah lain pula mencatat bilangan bawah 100 kes iaitu Kuala Selangor (68), Sepang (63), Kuala Langat (38) dan Hulu Selangor (33),” katanya menerusi Facebook.

Secara keseluruhan sebanyak 1,783 kes dilapor semalam dengan 1,736 adalah jangkitan dalam komuniti, satu kes luar negara dan 46 kes lagi dari penjara/lokap.

“Sebanyak lapan kematian direkod di Selangor hari ini dengan jumlah kematian akibat Covid-19 di negeri ini adalah 451,” kata JKNS.


Pengarang :