Petugas kesihatan Selcare memasukkan sampel saringan Covid-19 ketika Program Ujian Antigen RTK Covid-19 anjuran DUN Kota Anggerik di Klinik Selcare, Shah Alam pada 22 Januari 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
SELANGOR

Covid-19: Selangor catat 675 kes baharu, satu kluster dikesan

SHAH ALAM, 4 MEI: Jangkitan Covid-19 di Selangor kekal tiga angka selepas melaporkan 675 kes baharu hari ini, menjadikan keseluruhan sebanyak 136,131 kes.

Ketua pengarah kesihatan berkata kesemua jangkitan tempatan itu merangkumi 21.6 peratus daripada 3,120 kes dicatatkan negara.

“Sebanyak 458 kes dikesan daripada kontak rapat manakala 182 jangkitan dikenal pasti daripada lain-lain saringan.

“35 kes pula daripada kluster sedia ada termasuk dua kes dari kluster baharu, kluster Taming Sari,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau berkata kluster Taming Sari merupakan kluster tempat kerja melibatkan pekerja kilang di Seri Kembangan, Hulu Langat.

“Kes mula dikesan pada 22 April hasil saringan bersasar terhadap 628 pekerja. Daripada yang disaring itu, 42 daripadanya disahkan positif,” katanya.


Pengarang :