Orang awam berjoging di Taman Tasek Ampang Hilir, Kuala Lumpur pada 17 Jun 2020 semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) selepas kerajaan membenarkan aktiviti riadah di taman awam. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Covid-19: Sifar kes baharu di Kuala Langat, Hulu Langat 369

SHAH ALAM, 17 MEI: Kuala Langat menjadi daerah tunggal di Selangor yang tidak merekodkan kes baharu Covid-19 semalam, namun kekal dalam zon merah.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan Hulu Langat menyumbang angka tertinggi dengan 369 kes iaitu 126 kes di mukim Kajang, Ampang (102), Cheras (98), Hulu Langat (21), Semenyih (16) dan Beranang (enam).

“Gombak pada kedudukan kedua mencatat 296 kes membabitkan 149 kes di mukim Kuang, Batu (95), Rawang (44), Hulu Kelang (lima) dan Setapak (tiga).

“Petaling pula merekodkan 248 kes dengan 110 kes daripadanya di mukim Sungai Buloh, Petaling (74), Damansara (38) dan Bukit Raja (26),” kata jabatan itu menerusi Facebook.

Sementara itu, JKNS berkata lain-lain daerah meliputi Klang dengan 169 kes, Sepang (62), Kuala Selangor (55), Hulu Selangor (39) dan 37 kes di Sabak Bernam.

Keseluruhannya, Selangor merekodkan 1,275 kes baharu Covid-19 dan 1,572 kes sembuh.

Setakat ini, seramai 148,219 pesakit di negeri itu berjaya pulih berbanding 153,663 kes yang dilaporkan sejak pandemik menular.


Pengarang :