Petugas kesihatan Klinik Selcare melakukan ujian calitan pada program Saringan Komuniti Covid-19 percuma di gelanggang bola keranjang Pusat Komuniti Bandar Utama, Damansara pada 25 Mei 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: Tiga daerah di Selangor catat kes dua angka

SHAH ALAM, 28 MEI: Tiga daerah mencatatkan kes positif Covid-19 dua angka semalam, maklum Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Agensi itu menerusi perkongsian data di Facebook menjelaskan daerah tersebut adalah Hulu Selangor sebanyak 77 kes diikuti Kuala Langat (54) dan Sabak Bernam (31).

Manakala, Petaling kekal merekodkan kes tertinggi empat hari berturut-turut dengan jumlah 874 kes.

Daerah lain yang turut merekodkan tiga angka adalah Klang 513 kes serta Hulu Langat (458), Gombak (448), Sepang (115) dan Kuala Selangor (105).

Daripada keseluruhan 2,675 kes dilaporkan, sebanyak 2,633 membabitkan jangkitan dalam komuniti manakala 42 dikesan di penjara.

Kes sembuh di Selangor semalam adalah 2,539 sekali gus menjadikan 167,651 individu pulih sejak pandemik menular.


Pengarang :