Orang ramai mematuhi arahan mengenakan pelitup muka selepas kerajaan mewajibkan penggunaannya di tempat awam bagi mengawal penularan Covid-19 ketika tinjauan di sekitar Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Covid-19: Tiga daerah di Selangor catat kes kurang 100

SHAH ALAM, 23 MEI: Hanya tiga daerah mencatat kes baharu Covid-19 kurang daripada 100, maklum Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Berdasarkan data dikongsi, Kuala Selangor merekodkan 87 kes baharu, Sabak Bernam (40) dan Hulu Selangor (lapan).

Menurutnya Hulu Langat menjadi daerah tertinggi jangkitan wabak dengan 836 kes masing-masing di Kajang dan Ampang (246), Cheras (194), Semenyih (97), Hulu Langat (31) dan Beranang (22).

Diikuti Petaling sebanyak 356 kes meliputi Petaling (155), Damansara (106), Sungai Buloh (73) dan Bukit Raja (22).

“Klang catat 323 kes iaitu Klang 283 dan Kapar (40). Sebanyak 299 kes dikesan di Gombak membabitkan Batu (153), Rawang (63), Hulu Kelang (52), Kuang (16) dan Setapak (15).

“Kuala Langat catat 164 jangkitan masing-masing Tanjung 12 (94), Telok Panglima Garang (35), Bandar (13), Morib (11), Batu (lapan), Kelanang (dua) dan Jugra (satu),” maklum JKNS di Facebook.

Jabatan berkata sebanyak 103 jangkitan dilaporkan di Sepang dengan Dengkil (67), Sepang (21) dan Labu (15).

Hari ini, Selangor merekodkan 2,235 kes dengan semuanya merupakan jangkitan tempatan termasuk 19 daripada penjara.

 


Pengarang :