ADN Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri bergambar bersama penggali kubur dan pembuat keranda kawasan itu yang menerima sumbangan Aidilfitri pada 12 Mei 2021. Foto Azmizam Zaman Huri
ADNSELANGOR

DUN Pelabuhan Klang santuni 132 penggali kubur, pembuat keranda

SHAH ALAM, 18 MEI: Seramai 132 individu terdiri daripada penggali kubur dan pembuat keranda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang menerima sumbangan Aidilfitri.

Wakil rakyat Azmizam Zaman Huri berkata sumbangan julung kali diberikan itu bagi menghargai peranan mereka di tanah perkuburan Islam di kawasan itu.

“Mereka merupakan hero yang tidak didendang dan sentiasa membantu menguruskan jenazah setiap kali diperlukan.

“Untuk Aidilfitri kali ini kita mengambil inisiatif memberikan penghargaan kepada mereka yang bertugas di belakang tabir menyempurnakan fardu kifayah,” katanya.

Beliau berkata sumbangan yang diberikan pada 12 Mei berbentuk barang keperluan asas dan duit raya berlangsung di Pusat Khidmat Rakyat DUN Pelabuhan Klang.

Azmizam yang juga penaung NGO Unit Khas Van Jenazah berkata terdapat tujuh kampung menempatkan tanah perkuburan orang Islam di kawasannya.


Pengarang :