Dr G Gunaraj menyampaikan sumbangan makanan asas Covid-19 kepada penduduk sekitar yang terjejas pada 24 Mei 2021. Foto Facebook Dr G Gunaraj
ADNBERITA UTAMASELANGOR

DUN Sentosa sedia lebih RM10,000 bantu keluarga terjejas pandemik

SHAH ALAM, 28 MEI: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa memperuntuk lebih RM10,000 untuk mengagih barangan dapur untuk golongan memerlukan berikutan penularan Covid-19.

Ahli Dewan Negerinya berkata sumbangan kepada 120 keluarga terjejas itu merangkumi bekalan makanan asas seperti tepung, beras, gula, kicap, biskut dan mee segera.

“Bantuan ini bertujuan meringankan beban mereka terutama yang kehilangan pendapatan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0) ketika ini.

“Semoga inisiatif ini sedikit sebanyak membantu dan DUN Sentosa akan berusaha menolong lebih ramai penduduk yang terkesan,” kata Dr G Gunaraj ketika dihubungi SelangorKini.

Susulan peningkatan kes Covid-19 saban hari, beliau menggesa masyarakat terus mengamalkan kawalan kendiri dan mematuhi tatacara operasi piawai (SOP).


Pengarang :