Peserta saringan menjalani ujian calitan Covid-19 secara pandu lalu di Dewan MPAJ Pandan Indah, Ampang pada 11 Mei 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Empat kluster baharu di Selangor, tiga babit institusi pendidikan

SHAH ALAM, 16 MEI: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengesan empat lagi kluster baharu Covid-19 di Selangor.

Ketua pengarah kesihatan berkata ia adalah tiga kluster melibatkan institusi pendidikan iaitu Jalan Sungai Panjang, Tanah Lesen dan Gugusan Alam manakala satu lagi berkaitan tempat kerja, Jalan Kelab Golf Tiga Belas.

“Kluster Jalan Sungai Panjang tercetus di Sabak Bernam dengan 11 kes dikesan daripada 130 individu disaring,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan.

Beliau berkata kluster Tanah Lesen juga di daerah sama termasuk Petaling dan Klang apabila 13 daripada 73 orang diuji menghasilkan keputusan positif.

“Kluster Gugusan Alam pula membabitkan institusi pendidikan swasta berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Kuala Selangor.

“Seramai 141 individu disaring dan 27 kes positif dikesan,” katanya.

Noor Hisham menambah kluster Jalan Kelab Golf Tiga Belas pula di Petaling, Klang, Hulu Langat dan Sepang.

Katanya, 23 kes dikenal pasti daripada hasil ujian dijalankan ke atas 137 individu setakat ini.

Keseluruhannya, sebanyak 1,887 kluster dilaporkan dalam negara selepas pertambahan 11 kluster baharu hari ini manakala 1,417 tamat dan 470 berstatus aktif.


Pengarang :