Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan Orang Ramai Kampung Baru Balakong, Cheras pada 9 Mei 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

EXCO: Tiada alasan tolak saringan percuma Covid-19

BANGI, 9 MEI: Masyarakat seharusnya mengambil peluang melakukan saringan Covid-19 secara percuma anjuran Kerajaan Negeri, kata EXCO kesihatan awam.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata tiada alasan untuk mereka tidak berbuat demikian memandangkan insiatif itu diperluas ke seluruh 56 Dewan Undangan Negeri (DUN).

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud

“Tiada alasan untuk mereka tidak mahu membuat saringan memandangkan kita telah melaksanakan program ini secara percuma dan terbuka kepada semua,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Serbaguna, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi hari ini.

Dr Siti Mariah turut melahirkan kekecewaan apabila wujud segelintir individu ambil sikap tidak acuh dengan keluar ke tempat awam tanpa mematuhi tatacara operasi piawai (SOP).

Ahli Dewan Negeri Sungai Ramal Mazwan Johar

“Saya tidak pasti sama ada mereka ini tidak faham atau degil sedangkan kes semakin mencanak tetapi masih ada yang keluar ke tempat awam membawa kanak-kanak bawah 12 tahun,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Negeri Sungai Ramal Mazwan Johar menggesa orang awam mengambil langkah pencegahan dengan melakukan saringan Covid-19.

“Saya tahu ada individu yang takut untuk disaring sedangkan jika kita ambil pendekatan melakukan saringan, kita boleh tahu status kesihatan dan tindakan seterusnya jika dijangkiti,” katanya.


Pengarang :