Dua orang kanak-kanak bermain bunga api berhampiran 200 pelita yang dipasang bagi menghasilkan frasa ‘Raya KL Je’ ketika tinjauan di Kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) Sungai Besi pada 21 Mei 2020. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

Hasilkan video Kampungku Raya, peluang menang RM8,200

SHAH ALAM, 22 MEI: Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Selangor menganjurkan pertandingan video pendek Kampungku Raya 2021 mulai 26 April hingga 30 Mei.

Menurut Gaya Travel Magazine, acara bertemakan Raya Dulu-Dulu dan semangat #kitakansekampung terbuka kepada semua dengan penggambaran sekitar desa di Selangor.

Perlu menampilkan nilai murni, agensi itu berkata video tidak boleh menyentuh sensitiviti kaum, budaya dan agama atau menghina mana-mana individu.

“Durasi video tidak melebihi tiga minit termasuk montaj dan kredit, beresolusi minimum 720 pixel dan bebas disampaikan dalam pelbagai konsep seperti lakonan, sketsa, nyanyian, komedi atau dokumentari,” maklumnya di Facebook.

Gaya Travel berkata setiap karya dinilai mengikut keaslian, kandungan, konsep dan kreativiti serta kualiti produksi oleh panel juri yang dilantik penganjur.

Agensi itu menambah penilaian berdasarkan kongsi dan paparan terbanyak (15 peratus) dan juri profesional (85 peratus) yang disahkan oleh EXCO terlibat.

“Pemenang akan diumumkan secara langsung di Facebook Kitakan Sekampung. Juara akan menerima RM3,000, tempat kedua RM1,700, tempat ketiga RM1,000 dan 10 saguhati berjumlah RM250.

“Video perlu dihantar ke alamat e-mel [email protected] sebelum jam 5 petang pada hari akhir pertandingan,” kata Gaya Travel menambah penyertaan adalah percuma.

Syarat lain meliputi:

1. Setiap produksi boleh melibatkan seberapa ramai pelakon
2. Kos penyediaan video ditanggung sepenuhnya oleh peserta
3. Hasil karya hendaklah sesuai untuk diterbit dan dipapar dalam segala bentuk media video. Format yang dibenarkan adalah AVI, WMV, MOV, FLV & MP4
4. Video dimuat naik media sosial sama ada Facebook atau Instagram dan wajib tanda Facebook Kitakan
Sekampung serta tiga rakan di ruangan komen
5. Peserta wajibkan meletakkan tanda pagar #KitaKanSekampung #KitaSelangor #KampungKuRaya2021
6. Akaun Facebook dan Instagram peserta wajib berada dalam mod ‘Public’.

Sumber Facebook Gaya Travel Magazine

 


Pengarang :