AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jangan langgar undang-undang, guna saluran betul mohon bantuan

SHAH ALAM, 5 MEI: Orang ramai diingatkan supaya tidak melakukan aktiviti memungut wang tanpa kebenaran Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Agensi itu berkata aktiviti kutipan derma atau istilahnya pungutan khairat dianggap menjadi kesalahan undang-undang jika tidak mendapat izin.

“Namun, jika ada dalam kalangan mereka ini benar-benar memerlukan bantuan, bolehlah menggunakan saluran yang betul bagi memohon bantuan,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Mais berkata pungutan khairat diertikan sebagai kutipan bagi tujuan kebajikan, derma atau sedekah.

Menurutnya, aktiviti berkenaan selalunya dibuat di tempat awam seperti hadapan bank, stesen minyak, pasar malam dan restoran.

“Mereka menggunakan individu bagi mewakili sesebuah institusi dan kemudian mendapatkan derma daripada orang ramai yang berada di situ.

“Kegiatan mereka memohon sumbangan tanpa kebenaran pihak Mais ini boleh diambil tindakan undang-undang,” tegas agensi itu.


Pengarang :