Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Orang Ramai Seksyen 7, Sungai Ramal, Kajang pada 9 Mei 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jangkitan baharu Covid-19 makin naik, catat 4,865 kes

SHAH ALAM, 17 MEI: Kes baharu Covid-19 semakin meningkat hari ini apabila merekodkan 4,865 kes berbanding 4,446 kes semalam.

Kementerian Kesihatan menerusi Facebook memaklumkan jangkitan di Selangor juga meningkat kepada 1,743 berbanding 1,650 semalam.

Peningkatan turut berlaku di Sarawak dengan 512 kes diikuti Kuala Lumpur (477); Johor (407); Kelantan (406); Kedah (244), Pulau Pinang (220), Pahang (152), Melaka (127) dan Sabah (95).

Sementara itu, dua negeri iaitu Labuan dan Perlis yang tidak merekodkan kes wabak semalam, mencatat enam dan dua kes hari ini.

Manakala tiga lagi negeri mengalami sedikit penurunan kes iaitu Negeri Sembilan (149); Perak (160) dan Terengganu (156).


Pengarang :