Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan Serbaguna Seksyen 7, Bandar Baru Bangi pada 4 April 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Jangkitan Covid-19 di Selangor turun hampir separuh, catat 637 kes

SHAH ALAM, 3 MEI: Kes baharu Covid-19 di Selangor turun hampir separuh hari ini dengan 637 kes direkodkan berbanding 1,200 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah itu merupakan sebahagian 2,500 kes yang dilaporkan di seluruh negara.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 637 kes. Daripada jumlah ini sebanyak 541 kes adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat.

“Terdapat 18 kematian dengan tujuh di negeri ini membabitkan lima lelaki berusia antara 46 hingga 60 tahun dan dua wanita berusia 56 dan 86 tahun,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau menambah terdapat satu kluster baharu iaitu kluster Industri Mahkota 2 melibatkan daerah Kuala Langat.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) berkata sebanyak 853 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan pulih 131,434.


Pengarang :