Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Cempaka, Saujana Impian, Kajang pada 8 Mei 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONALSELANGOR

Kes Covid-19 di Selangor turun lebih 500 kes

SHAH ALAM, 14 MEI: Jangkitan Covid-19 di Selangor turun lebih 500 dengan 1,269 kes dilapor hari ini berbanding 1,783 kes semalam.

Ketua pengarah kesihatan berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada 4,113 kes baharu dilapor di seluruh negara dan negeri ini kekal tertinggi.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menambah sebanyak lapan lagi kematian direkod dalam tempoh dua hari berturut-turut.

“Lapan kematian membabitkan lima lelaki dan tiga perempuan yang berusia antara 57 hingga 84 tahun yang mempunyai pelbagai latar belakang penyakit,” katanya menerusi kenyataan.

Selain itu, katanya, terdapat tiga kluster baharu dikesan di Selangor daripada 13 kluster seluruh negara.

“Kluster Jalan Perindustrian Balakong adalah kluster tempat kerja di Hulu Langat dengan 138 individu didapati positif Covid-19.

“Kluster Jalan Tegas pula membabitkan kluster pendidikan tinggi di mana 23 orang positif. Kluster ini dikesan di Petaling, Gombak, Klang dan Hulu Langat,” katanya.

Kluster ketiga pula kluster Bukit Pauh membabitkan 36 individu di Petaling serta daerah lain di luar Selangor iaitu Dungun, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Kuantan.


Pengarang :