Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Orang Ramai Seksyen 7, Sungai Ramal, Kajang pada 9 Mei 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kes Covid-19 kekal catat angka lebih 6,000, Selangor tertinggi

SHAH ALAM, 24 MEI: Jangkitan baharu Covid-19 kekal mencatatkan angka lebih 6,000 dengan 6,509 kes direkodkan hari ini.

Semalam, Malaysia merekodkan 6,976 kes, tertinggi sejak pandemik, manakala pada Sabtu (6,320), Jumaat (6,493), Khamis (6,806) dan Rabu (6,075).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook berkata daripada jumlah itu, Selangor kekal tertinggi kes wabak dengan 2,049 kes.

Ia diikuti Sarawak (530), masing-masing Johor dan Kuala Lumpur (468), Kelantan (451), Pulau Pinang (384), Kedah (348), masing-masing Melaka dan Negeri Sembilan (329).

Manakala Terengganu (263), Pahang (257), Perak (231), Melaka (329), Sabah (184) Labuan (171) dan Perlis (7).


Pengarang :