Petugas kesihatan membuat ujian calitan kepada orang ramai ketika Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma di Dewan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Taman Batu Tiga, Subang Jaya pada 13 Mac 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kes Covid-19 kekal lebih 4,000, catat 25 kematian

SHAH ALAM, 8 MEI: Jangkitan baharu Covid-19 kekal lebih 4,000 hari ini dengan mencatat 4,519 kes sementara 4,498 kes dilaporkan semalam.

Ketua pengarah kesihatan berkata Selengor kekal merekodkan jumlah tertinggi wabak iaitu 1,722 kes diikuti Kuala Lumpur (557) dan Sarawak (479).

“Terdapat 25 kematian direkodkan membabitkan 13 lelaki dan 12 wanita yang berusia antara 51 hingga 88 tahun.

“Sementara itu, sebanyak 2,719 kes sembuh, 36,564 kes aktif dengan kebolehjangkitan selain terdapat 16 kluster baharu,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Beliau menambah seramai 393 kes menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan 210 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.


Pengarang :