Petugas Kesihatan Selcare mengambil sampel calitan ke atas peserta Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Serbaguna Kuang, Rawang pada 21 Mei 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

KKM kesan 12 kluster Aidilfitri, seorang pesakit Covid-19 maut

SHAH ALAM, 26 MEI: Sebanyak 12 kluster Aidilfitri dikesan membabitkan 470 jangkitan Covid-19 di tujuh negeri, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah.

Katanya, seorang mangsa dari kluster Jalan Tahir Manan di Selangor, salah satu kluster itu, meninggal dunia manakala dua lagi dari kluster Simpang Sahari di Labuan ditempatkan di unit rawatan rapi.

“Jumlah ini dijangka akan bertambah dan mungkin melibatkan lebih banyak negeri,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Dr Noor Hisham juga menjelaskan sebanyak 470 kes dari semua kluster berkenaan hasil saringan terhadap 2,541 individu.

Hari ini genap dua minggu sambutan Aidilfitri yang disambut umat Islam seluruh negara.


Pengarang :