Anggota polis memeriksa dokumen perjalanan pemandu pada sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Tun Mustapha, Labuan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada 26 Mei 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kluster rentas negeri naik antara April hingga Mei

KUALA LUMPUR, 26 MEI: Kluster rentas negeri terus merekodkan peningkatan sepanjang April hingga Mei, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata dalam tempoh itu, sebanyak 19 kluster dicatatkan daripada keseluruhan 50 kluster akibat rentas negeri sejak awal tahun ini, melibatkan 6,291 kes.

“Dari segi bilangan kluster, setakat 20 Mei lepas, Kementerian Kesihatan (KKM) telah merekodkan 1,966 keseluruhan kluster sejak pandemik ini melanda negara kita.

“Daripada jumlah itu, terdapat 528 kluster aktif manakala 1,438 lagi kluster diisytiharkan tamat,” menurutnya dalam kenyataan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Ismail Sabri juga berkata beberapa kawasan termasuk mukim, pangsapuri, taman perumahan serta perkampungan di Perak, Kuala Lumpur, Pahang dan Sabah dikenakan PKP Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa 28 Mei hingga 10 Jun.

-BERNAMA


Pengarang :