Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi pendengaran hujahan lisan pada akhir kes pembelaan berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi pada 2 Jun 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Langgar SOP di restoran, Najib dikompaun RM3,000

SHAH ALAM, 7 MEI: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dikompaun RM3,000 atas dua kesalahan melanggar tatacara operasi piawai (SOP) di sebuah restoran di Jalan Bukit Bintang pada Mac.

Ketua polis Dang Wangi berkata Najib dikompaun RM1,500 bagi setiap kesalahan di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Penyakit Berjangkit) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) 2021, lapor Berita Harian.

“Kesalahan pertama adalah gagal mengimbas suhu badan ketika memasuki premis Nasi Ayam Hainan Chee Meng dan kesalahan kedua, gagal mendaftar kehadiran di premis itu melalui aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual.

“Pengurus restoran, Yeok Wei Hao dikenakan kompaun RM10,000 kerana gagal mengarahkan Datuk Seri Najib membuat imbasan MySejahtera atau menulis nama di dalam buku daftar sebagaimana disyaratkan dalam SOP,” kata Asisten Komisioner Mohamad Zainal.

Tambah beliau, semua yang terbabit akan dikenakan kompaun dalam masa terdekat dengan nilai kompaun keseluruhan RM13,000.

Pada 19 Mac, polis mengambil keterangan Najib susulan tular video yang memaparkan beliau tidak mematuhi SOP ketika berada di sebuah restoran di Jalan Bukit Bintang.

Video tular selama satu minit 39 saat memaparkan ahli parlimen Pekan bersama beberapa individu hadir di sebuah restoran untuk makan tanpa membuat imbasan suhu dan mendaftar MySejahtera yang diperlukan.


Pengarang :