Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan Cempaka, Saujana Impian, Kajang pada 8 Mei 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Lebih 1,000 daftar, saringan percuma di Kajang dapat sambutan luar biasa

KAJANG, 8 MEI: Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang mengakui terkejut dengan sambutan luar biasa orang ramai terhadap program Saringan Komuniti Covid-19 yang diadakan di kawasan itu hari ini.

Hee Loy Sian berkata sambutan kali ini memberangsangkan apabila beliau dimaklumkan penduduk mula beratur seawal jam 8 pagi bagi melakukan saringan tajaan penuh Kerajaan Negeri.

“Hari ini saya jangka lebih 2,000 orang membuat saringan kerana setakat jam 10 pagi tadi termasuk yang sudah mendaftar sudah lebih 1,000 orang.

“Berdasarkan sambutan hari ini, saya akan meminta Kerajaan Selangor membuat sekali lagi untuk komuniti Kajang bagi memastikan jumlah kes di sini dapat dikurangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan program saringan yang diadakan di Dewan Cempaka, Saujana Impian di sini.

Loy Sian juga berharap penduduk negeri ini melakukan saringan secara percuma ini di lebih 50 lokasi lain sehingga 10 Jun depan bagi memastikan Selangor kekal selamat.


Pengarang :