Poster ihsan Facebook Selangor Xtiv Virtual 2021
AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

Lebih 30,000 sertai Selangor Xtiv Virtual, e-sukan paling popular

SHAH ALAM, 6 MEI: Acara Selangor Xtiv Virtual E-sport menerima penyertaan tertinggi membabitkan 27,968 peserta sejak dilancarkan Mac lalu.

Program sebahagian Selangor Xtiv Virtual 2021 meliputi permainan PUBG, Mobile Legends Bang Bang, Call of Duty Mobile, Pro Evolution Soccer 2021 dan FIFA Pro Club.

EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman berkata acara yang memasuki tahun kedua keseluruhannya mendapat 31,617 penyertaan setakat semalam.

Beliau menjelaskan aktiviti lain seperti Selangor Xtiv Virtual Marathon merekodkan 3,009 peserta sementara Selangor Xtiv Virtual Chess sebanyak 400 penyertaan.

“Selain itu, seramai 158 peserta menyertai Selangor Xtiv Virtual Youth Busking dan 82 peserta untuk Selangor Xtiv Virtual Martial Art.

Mohd Khairuddin Othman ketika ditemui pada program Kembali Ke Sekolah fasa dua di Econsave Sungai Buloh, Shah Alam pada 10 Januari 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Baki dua pertandingan iaitu Selangor Xtiv Virtual Ride dan Selangor Xtiv Virtual Jump Rope Challenge bermula pertengahan bulan ini,’ katanya menambah seramai 450,000 peserta disasar menyertai keseluruhan acara sehingga Disember.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui Facebook Selangor Xtiv Virtual 2021.

Selangor Xtiv Virtual 2021 mempertandingkan tujuh jenis permainan bermula Mac hingga Disember dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM411,680.

Tahun lalu, program itu mendapat sambutan luar jangka membabitkan 250,631 penyertaan dan 18 juta tontonan di platform media sosial.

 

 


Pengarang :