Petugas kesihatan Klinik Selcare mengambil sampel ujian kit pantas antigen (RTK-Ag) ke atas peserta Program Saringan Komuniti Covid-19 yang diadakan secara percuma di Dewan MPAJ Pandan Indah, Ampang pada 11 Mei 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Lima kluster baharu babit tempat kerja dikesan di Selangor

SHAH ALAM, 12 MEI: Terdapat lima kluster baharu Covid-19 dikesan di Selangor hari ini membabitkan kluster tempat kerja.

Ketua pengarah kesihatan berkata kluster dilapor itu adalah sebahagian daripada 20 kluster baharu direkod di seluruh negara.

“Kluster pertama adalah Kluster Tapak Bina Persiaran Tanjung iaitu berlaku di daerah Sepang di mana seramai 173 individu disaring dengan 53 daripadanya positif Covid-19.

“Manakala yang kedua dikesan di Gombak dan Hulu Selangor, Kluster Persimpangan Batu Arang melibatkan 163 daripada 577 individu disaring,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kluster ketiga pula berlaku di Hulu Langat dan Kuala Langat iaitu Kluster Tapak Bina Bukit Semenyih 2 dengan 105 kes daripada 169 orang.

“Kluster seterusnya adalah Kluster Industri Jalan Emas dengan 31 positif Covid-19 daripada 1,588 yang disaring. Ia dikesan di Kuala Langat dan Klang.

“Manakala yang terakhir, Kluster Masjid Lima di Petaling, Kuala Langat dan Kuala Selangor dengan 26 daripada 212 didapati positif,” katanya.

Beliau juga memaklumkan 39 kematian hari ini dengan lima daripadanya adalah dari Selangor membabitkan empat lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 53 hingga 64 tahun.


Pengarang :