Sebanyak 15 kedai di Pantai Morib, Banting musnah terbakar dipercayai akibat litar pintas pada 3 Mei 2021. Foto ihsan PDRM
AGENDANASIONAL

Litar pintas punca 15 kedai di Pantai Morib terbakar

SHAH ALAM, 3 MEI: Sebanyak 15 kedai di Pantai Morib, Banting musnah terbakar akibat litar pintas dalam kejadian petang tadi, kata ketua polis Kuala Langat.

Superintendan Azizan Tukiman berkata 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting dan BBP Telok Panglima Garang termasuk dua kereta peronda (MPV) polis bergegas ke lokasi.

“Kebakaran melibatkan 15 kedai, ketika kejadian hanya dua sahaja yang beroperasi dan ia berjaya dipadamkan dalam tempoh dua jam.

“Keseluruhan kerosakan melibatkan 60 peratus deretan kedai meliputi bumbung, perkakasan elektrik seperti peti ais, mesin tebu dan peralatan dapur,” katanya menerusi kenyataan.

Azizan berkata insiden itu tidak melibatkan kemalangan jiwa dan punca kebakaran masih dalam siasatan.


Pengarang :