Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menziarahi bekas Ahli Dewan Negeri Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan baru-baru ini. Foto Facebook Amirudin Shari
ADNBERITA UTAMASELANGOR

MB luang masa ziarah mantan ADN Gombak Setia

SHAH ALAM, 4 MEI: Dato’ Menteri Besar sekali lagi meluang masa menziarahi bekas Ahli Dewan Negeri Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan baru-baru ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari mendoakan agar mantan Timbalan Yang Dipertua Pas itu dikurniakan kesihatan yang baik.

“Alhamdulillah beliau kelihatan sihat dan ceria. Semoga Ustaz Hasbullah dikurniakan kesihatan yang baik, insya-Allah,” tulisnya di Facebook malam ini.

Pada 28 Mac lalu, Amirudin menziarahi Hasbullah yang ketika itu sedang menerima rawatan di Hospital Selayang.

Hasbullah pernah menjadi Ahli Majlis Perbandaran Selayang sebelum dilantik setiausaha PAS cawangan Kampung Nakhoda pada 1998 dan terakhir beliau berkhidmat sebagai wakil rakyat DUN Batu Caves pada 2013.


Pengarang :