Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) meninjau proses saringan Covid-19 yang dikendalikan petugas kesihatan Klinik Selcare di Dewan Beringin, Taman Seri Gombak, Batu Caves pada 19 Mei 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB turun padang tinjau proses saringan percuma

GOMBAK, 19 MEI: Dato’ Menteri Besar meluangkan masa meninjau program Saringan Komuniti yang diadakan serentak di dua lokasi di sini hari ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari tiba di Dewan Beringin Gombak Setia pada jam 11 pagi sebelum ke Dewan Seri Siantan Sungai Tua bagi melihat sendiri proses ujian.

Tinjauan Selangorkini mendapati penduduk pelbagai peringkat usia membanjiri lokasi seawal jam 7 pagi untuk mendapatkan perkhidmatan percuma anjuran Kerajaan Negeri.

Dato’ Seri Amirudin Shari melawat tapak program Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Seri Siantan, Batu Caves pada 19 Mei 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Mereka yang hadir mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dengan mendaftar melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah), menjaga penjarakan fizikal dan menyukat suhu badan.

Lokasi saringan dikawal ketat oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan anggota Angkatan Muda KEADILAN.

Kerajaan Selangor menjalankan program pengawasan Covid-19 secara aktif melalui saringan percuma di seluruh 56 DUN mulai 8 Mei hingga 10 Jun.

Program bawah Fasa Mitigasi Wabak Pandemik Covid-19 memanfaatkan rakyat negeri ini yang berisiko, pernah menjadi kontak rapat, bergejala dan bimbang status kesihatan mereka.

Saringan menggunakan kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) iaitu membolehkan jangkitan Covid-19 dikesan dalam tempoh kurang 30 minit.


Pengarang :