AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MBI hulur bantuan kepada bekas pemain bola sepak Selangor

SHAH ALAM, 22 MEI: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) menyumbangkan wang tunai dan barangan keperluan asas kepada bekas pemain bola sepak Selangor yang hidup serba daif.

Bantuan itu bertujuan meringankan beban Azhar Sharif yang tinggal bersendirian di pondok kecil milik penternak ayam di Kampung Kemensah, Hulu Kelang, lapor Sumberkini.

Mengikut portal tersebut, Azhar pemain seangkatan Allahyarham Mokhtar Dahari, Zainal Abidin Hassan dan mendiang R Arumugam. Beliau menyertai pasukan Red Giants sehingga 1989.

Bekas pemain kebangsaan itu mengalami masalah lutut selepas dibentes pemain import Selangor Mehmet Durakovic pada 1995 ketika mewakili Perak.

“Akibat kecederaan, beliau mengambil keputusan bersara namun kecintaannya kepada sukan itu masih belum pudar. Beliau menjadi jurulatih kepada pelbagai pasukan lain selepas itu.

“Bagaimanapun sejak beberapa tahun lalu, Azhar berdepan kehidupan sukar hingga terpaksa berpindah dari sebuah rumah kepada bilik lebih kecil dan sekarang di pondok kecil,” lapor portal itu.

Azhar membantu Selangor menang perlawanan akhir Piala Malaysia pada 1986 yang berkesudahan 6-1.


Pengarang :