Malaysia mempunyai risiko transmisi jangkitan Deman Kuning disebabkan negara ini mempunyai nyamuk Aedes selain kehadiran pelawat dari negara berisiko.
PBTSELANGOR

MBPJ: Ambil peluang PKP bersih kediaman, elak pembiakan Aedes

SHAH ALAM, 10 MEI: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyeru masyarakat sekitar memanfaatkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membersihkan kediaman masing-masing bagi mengelak pembiakan Aedes.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) berkata pemeriksaan rutin Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran mendapati banyak tempat berisiko pembiakan nyamuk di kawasan rumah.

“Hasil pemerhatian, banyak bekas-bekas tidak dilupuskan dengan teratur sehingga menyebabkan berlakunya takungan air hujan.

“Keadaan ini akan menambah risiko kepada penduduk ekoran pembiakan nyamuk yang tidak terkawal,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

PBT itu turut meminta penduduk memeriksa dan melupuskan semua bekas berpotensi menyebabkan pembiakan Aedes secara teratur selain menggunakan ubat pembunuh ubat jentik-jentik dalam bekas takungan air.

Menurutnya, penghalau nyamuk boleh digunakan semasa menjalankan aktiviti luar rumah terutama pada waktu pagi dan lewat petang bagi menghalang gigitan serangga tersebut.

Setakat ini, tujuh lokaliti wabak terkawal dikenal pasti di kawasan Petaling Jaya meliputi Apartment Flora Damansara, PJU 8; Kondominium D’Rozelle Seksyen 10, PJU 5; SS 2; SS3; Flat Desa Mentari 2, PJS 6; Mentari Court dan Sri Manja Square PJS 3.

 


Pengarang :