Mohd Rashidi Ruslan (tengah, baju putih) bergambar bersama penghantar makanan bermotosikal di pekarangan Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam pada 5 Mei 2021. Foto ihsan MBSA
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MBSA edar 300 jaket keselamatan, didik amalan berhemah

SHAH ALAM, 6 MEI: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semalam mengedarkan 300 jaket keselamatan kepada penghantar makanan bermotosikal dan orang awam secara percuma.

Pemangku Datuk Bandar Shah Alam berkata agihan pada Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Aidilfitri bagi mendidik dan memupuk amalan berhemah kepada golongan itu.

“Berdasarkan statistik, orang ramai cenderung menggunakan kemudahan perkhidmatan pesanan penghantar makanan bermotosikal kerana lebih mudah dan pantas.

“Bagaimanapun, golongan ini mudah terdedah dengan bahaya, justeru MBSA berbesar hati untuk berikan jaket keselamatan bagi meningkatkan kesedaran,” kata Mohd Rashidi Ruslan.

Beliau yang ditemui di pekarangan Dewan Bankuet MBSA turut mengedarkan pek kuih raya dan risalah keselamatan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor.

Lebih 1,700 daripada 2,576 kes kematian penunggang motosikal sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu membabitkan penghantar makanan dan barangan.


Pengarang :