Sebahagian pelajar kolej komuniti yang dihantar pulang ke zon selatan pada 7 Mei 2021. Foto ihsan Kolej Komuniti Selayang
AGENSISELANGOR

Pelajar kolej komuniti seluruh negeri dihantar pulang

SHAH ALAM, 8 MEI: Seramai 23 pelajar kolej komuniti seluruh negeri dihantar pulang ke kediaman masing-masing mulai semalam sempena sambutan Aidilfitri.

Penyelarasnya Arman Hashim dalam kenyataan berkata penghantaran menggunakan kenderaan kolej bermula dari zon pantai timur, utara dan selatan.

“Pengangkutan untuk mengambil pelajar mengikut jadual ditetapkan sebelum berangkat ke destinasi.

“Dalam usaha mengekang penularan Covid-19, pihak kolej juga sentiasa memastikan pelajar mematuhi tatacara operasi piawai (SOP),” katanya.

Beliau berkata pelajar akan kembali semula ke kampus masing-masing bermula 16 Mei dan menjalani proses pengasingan sebelum memulakan kuliah.

Kira-kira 70,000 daripada 162,414 pelajar institusi pengajian tinggi yang tinggal di kampus pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat mulai semalam.

Mereka adalah pelajar universiti awam dan swasta, politeknik serta kolej komuniti.


Pengarang :