Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) menyerahkan Bantuan Khas Kewangan untuk setiausaha MPKK berjumlah RM185,500 kepada Borhan Aman Shah (kanan) di pejabat Dato’ Menteri Besar, Shah Alam baru-baru ini. Foto ihsan MBI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Pemimpin komuniti, petugas masjid dapat bantuan kewangan RM1.55 juta

SHAH ALAM, 11 MEI: Seramai 761 pemimpin masyarakat dan petugas masjid negeri ini menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena Aidilfitri berjumlah RM1.55 juta.

Bantuan kepada 390 petugas masjid membabitkan peruntukan RM1.36 juta sementara 371 setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) mendapat RM185,500.

Bantuan khas berkenaan disalurkan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) baru-baru ini melalui Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Hadir sama EXCO Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisi Borhan Aman Shah dan Ketua Pegawai Eksekutif MBI Norita Mohd Sidek.

Sebanyak RM500 diberikan kepada petugas masjid membabitkan nazir, imam, siak dan bilal serta setiausaha MPKK menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) anak syarikat Kerajaan Negeri.

Sementara pemimpin masyarakat negeri mendapat RM1,000 meliputi pengerusi MPKK dan pegawai perhubungan kampung baru, bagan serta tersusun.

Bantuan kewangan sama turut diagihkan kepada ketua komuniti India dan penyelia Pusat Wanita Berdaya sementara Penggerak Belia Selangor menerima RM500.


Pengarang :