Orang ramai beratur menunggu giliran untuk menyertai Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan MBPJ Jalan 51A/227, Petaling Jaya pada 24 Mei 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Penduduk Bukit Gasing, Taman Medan beratur awal pagi untuk disaring

SHAH ALAM, 24 MEI: Orang ramai sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Gasing mula beratur di pekarangan Dewan Serbaguna MBPJ 51A/227 seawal jam 8 pagi untuk menjalani saringan Covid-19.

Tinjauan mendapati penduduk pelbagai bangsa mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dengan menjaga jarak beratur sepanjang 100 meter sementara menunggu giliran untuk disaring dalam program Kerajaan Negeri itu.

Sementara itu, di Dewan Balairaya MBPJ Jalan PJS 2D/11 turut diadakan ujian serentak khusus kepada masyarakat sekitar DUN Taman Medan.

Anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan polis ditempatkan di situ bagi memantau pematuhan SOP.

Mulai 8 Mei hingga 10 Jun, Kerajaan Selangor menjalankan program pengawasan Covid-19 secara aktif melalui Saringan Komuniti percuma di seluruh negeri.

Saringan bawah Fasa Mitigasi Wabak Pandemik Covid-19 menyasarkan individu yang berisiko, pernah menjadi kontak rapat, bergejala dan bimbang status kesihatan mereka.

Program bersambung esok di DUN Kampung Tunku dan Bandar Utama akan diadakan di Dewan Sebaguna SS3/14 serta Dewan Komuniti Bandar Utama 3.


Pengarang :