Petugas kesihatan membuat ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti secara percuma di Dewan Serbaguna MPAJ, Ampang pada 28 Mac 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Penduduk Kajang, Semenyih digalak hadir saringan Covid-19 esok

SHAH ALAM, 7 MEI: Dato’ Menteri Besar mempelawa penduduk sekitar Kajang dan Semenyih menyertai program saringan percuma Covid-19 esok.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata saringan diadakan di Dewan Cempaka Saujana Impian dan Dewan Orang Ramai Bandar Rinching dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

“Warga Kajang dan Semenyih yang menetap di kawasan berhampiran dijemput untuk menjalani ujian saringan Covid-19 ini.

“Pendaftaran boleh dibuat menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah), klik butang sihat dan guna fungsi saringan atau layari http://screening.selangkah.my,” kongsinya di Facebook.

Kerajaan Selangor menjalankan program pengawasan Covid-19 secara aktif melalui saringan percuma di seluruh 56 Dewan Undangan Negeri bermula esok hingga 10 Jun.

Program di bawah fasa mitigasi wabak pandemik Covid-19 memanfaatkan rakyat negeri ini yang berisiko, pernah menjadi kontak rapat, bergejala dan bimbang status kesihatan mereka.


Pengarang :