Keadaan lalu lintas agak lengang berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 ketika tinjauan Media Selangor di Jalan Cheras – Kajang pada 15 Februari 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Peruntukan tambahan RM40 bilion bantu rakyat terjejas PKP

SHAH ALAM, 31 MEI: Kerajaan mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) tambahan sebanyak RM40 bilion bagi meredakan cabaran susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata program itu membabitkan suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM5 bilion.

“Penutupan sektor ekonomi akan memberi kesan amat besar kepada ekonomi negara dan kehidupan rakyat. Saya ingin berterus-terang kerajaan mempunyai ruang fiskal amat terhad untuk berbelanja pada masa ini.

“Namun atas dasar keprihatinan terhadap kebajikan rakyat, kerajaan akan berusaha sedaya upaya memastikan wujud keseimbangan iaitu keperluan melindungi nyawa dan menjamin kesejahteraan rakyat,” katanya pada perutusan khas bantuan PKP 3.0 malam ini.

Berikut perincian bantuan Pemerkasa:

1. Mempertingkatkan kapasiti kesihatan awam

– RM 450 juta untuk menaik taraf kapasiti katil dan kelengkapan unit rawatan rapi (ICU) bagi rawatan Covid-19 di hospital termasuk hospital pengajar universiti awam, medan

– RM550 juta untuk menampung pertambahan kos operasi dan pengurusan meliputi perubatan dan menambah pekerja kontrak serta pesara petugas kesihatan tambahan bagi mempercepat pemberian vaksin

2. Meneruskan agenda prihatin rakyat

– RM2.1 bilion untuk menambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

– Bantuan pembayaran balik pinjaman dan moratorium (kelulusan automatik selama tiga bulan atau memilih mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50 peratus untuk tempoh enam bulan)

– RM1 bilion untuk skim rehabilitasi sewa beli bas dan teksi

– RM1.5 bilion untuk pelanjutan program subsidi upah selama sebulan bagi semua sektor ekonomi terkesan

– Pengecualian selama sebulan pembayaran levi untuk majikan berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad

3. Menyokong kelangsungan perniagaan

– Penambahan kadar Geran Khas Prihatin (GKP) sebanyak RM500 kepada RM1,500

– RM1.5 bilion untuk peniaga mendapatkan pembiayaan mikro kredit sebagai modal kerja

– Tambahan RM2 bilion dari Bank Negara Malaysia (BNM) untuk pemulihan bersasar bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) terjejas

– RM68 juta untuk pemandu teksi, kereta sewa, bas sekolah, bas persiaran, e-panggilan dan pemandu pelancong

– Lanjutan pemberian diskaun bil elektrik sebanyak 10 peratus selama tiga bulan antara Julai hingga September kepada sektor terjejas

– Potongan khas kepada pemilik bangunan dan ruang perniagaan sekurang-kurangnya 30 peratus untuk tempoh enam bulan sehingga 31 Disember


Pengarang :