Dr Siti Mariah Mahmud ditemui selepas menyerahkan kit pembasmi Covid-19 secara pandu lalu kepada wakil taska seluruh Selangor di Foyer Jubli Perak, Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam pada 23 Februari 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

PKP untuk putuskan rantaian Covid-19, penduduk perlu patuh

SHAH ALAM, 7 MEI: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sekali lagi di beberapa daerah di Selangor bertujuan memutuskan rantaian Covid-19, kata EXCO kesihatan.

Justeru, Dr Siti Mariah Mahmud meminta semua pihak mematuhi ketetapan demi kebaikan semua.

“PKP ini memang menyusahkan, bukan orang awam sahaja sebaliknya pentadbiran Kerajaan Selangor, polis… tetapi kita kena ingat ini untuk jaga nyawa rakyat.

“Kita buat (PKP) untuk sementara supaya dapat kekang pandemik dan menurunkan bilangan jangkitan,” katanya di Facebook menerusi forum Tanya Apa Sahaja: PKP Lagi?.

Rancangan turut disertai Ahli Pengerusi Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19, Dato’ Dr Fadzilah Kamaludin manakala Pengarah Pasukan Khas Selangor Covid-19, Dr Muhammad Farhan Rusli sebagai moderator.

Bermula semalam hingga 17 Mei ini, PKP dilaksana di Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat serta Sepang susulan peningkatan jangkitan wabak dalam negeri ini.

Di Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Sabak Bernam, kerajaan mengekalkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.


Pengarang :