AGENDANASIONAL

PPAS: Program Selangor Membaca tawar hadiah nilai RM40,000

SHAH ALAM, 25 MEI: Hadiah keseluruhan bernilai RM40,000 menanti pemenang pertandingan Video Resensi Buku #Selangor Membaca 2021 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

Menurut PPAS, sebanyak 14 kategori diperkenal dengan penambahbaikan kategori dan subkategori baharu.

“Pertandingan dibahagi kepada beberapa siri berlangsung sepanjang tahun sehingga Disember 2021. Penyertaan adalah percuma,” kata kenyataan di Facebook.

Berikut empat langkah sertai pertandingan:

1. Rakam video ulasan buku anda.
2. Muat naik ke akaun media sosial anda (Facebook, Youtube atau Instagram dengan setting public).
3. Tandakan dengan tagar #selangormembaca.
4. Daftar penyertaan anda dengan mengisi borang secara online.

 

 


Pengarang :