aja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan bergambar bersama penerima sumbangan bakul makanan sempena program Belia Juara Ramadan di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM, Shah Alam pada 1 Mei 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Raja Muda Selangor mahu sistem pendidikan ditambah baik

SHAH ALAM, 1 MEI: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor menzahirkan pandangan meminta Universiti Teknologi Mara (UiTM) menginovasikan sistem pembelajaran pelajar sekolah.

Timbalan naib canselor (akademik & antarabangsa) UiTM berkata Tengku Amir Shah berkenan agar semua pelajar mendapat peluang pembelajaran lebih baik dan berkesan.

“DYTM mahu kami melihat aspek inovasi dalam membantu pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah.

Timbalan Naib Canselor
(Akademik & Antarabangsa)UiTM, Profesor Dr. Roziah Mohd Janor

“Saya rasa perkara ini memang perlu difikirkan. Sekarang ini (penularan pandemik) memang kementerian membuka sekolah tetapi terpaksa ditutup. Jadi kena fikirkan cara berkesan,” kata Profesor Dr. Roziah Mohd Janor.

Terdahulu, Tengku Amir Shah menghadiri program Belia Juara Ramadan anjuran Selangor Youth Community (SAY), Yayasan Raja Muda Selangor serta Majlis Perwakilan Pelajar UiTM.

Dalam majlis di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), baginda menyerahkan bantuan makanan berupa biskut, milo, mi dan bubur segera kepada 150 pelajar asnaf universiti terbabit.

Semua penerima merupakan anak golongan berpendapatan rendah (B40) yang belajar di kampus Shah Alam, Puncak Perdana, Puncak Alam serta Sungai Buloh.


Pengarang :