EXCO infrastruktur, Ir Izham Hashim meninjau salah satu lokasi hakisan tebing di Sungai Pechala, Lebuhraya Persekutuan semalam. Foto Facebook Izham Hashim
BERITA UTAMAEXCOPILIHAN MINGGUANSELANGOR

RM30 juta belanja baik pulih hakisan tebing enam lokasi

SHAH ALAM, 26 MEI: Sebanyak RM30 juta diperuntuk untuk membaik pulih hakisan tebing di enam lokasi sepanjang Sungai Pechala berdekatan Lebuhraya Persekutuan

EXCO infrastruktur, Ir Izham Hashim berkata pembinaan akan dilaksana dalam masa terdekat selepas kajian lanjut dan reka bentuk tambah baik siap sepenuhnya.

“Beberapa lokasi seperti Klang dan Shah Alam yang sering berlaku banjir sedang diberi perhatian bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang.

“Insya-Allah, Taman Rashna, Klang tidak lagi menghadapi masalah banjir cuma ada sedikit di jalan dan kawasan berdekatan Tugu Keris akan diuruskan kelak. Solusi banjir sekitar Batu 3 dan Kampung Kebun Bunga, Shah Alam juga telah dikenal pasti,” katanya di Facebook.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan di tiga kawasan berkenaan, semalam.

“Juga turut berkesempatan meninjau kejadian banjir yang mengakibatkan hakisan tebing di enam lokasi sepanjang Sungai Pencala berdekatan Axis dan Naza Motors.

“Beberapa lagi projek tebatan banjir dan pembaikan sistem saliran dan kolam takungan banjir sedang dalam proses pelaksanaan termasuk di Taman Mutiara, Klang, Sungai Labu, Sepang dan Sungai Rumput, Damansara,” katanya.

 


Pengarang :