Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian saringan Covid-19 ketika Saringan Komuniti secara bersasar di Dewan Orang Ramai Teluk Panglima Garang, Kuala Langat pada 20 Mac 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Sabak Bernam catat kes Covid-19 terendah di Selangor

SHAH ALAM, 6 MEI: Sabak Bernam menjadi daerah tunggal di negeri ini merekodkan jumlah kes baharu Covid-19 kurang daripada 10 hari ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan daripada 1,137 kes dilapor hanya lapan dicatat daerah itu iaitu masing-masing empat di mukim Panchang Bendena, Sabak (tiga) dan Pasir Panjang (satu).

“Kes tertinggi masih di Petaling dengan 433 kes, diikuti Hulu Langat (321), Gombak (109) dan Klang (106).

“Daerah lain pula merekodkan kes bawah 50 iaitu Kuala Selangor dengan 46 kes, Kuala Langat (45), Sepang (38) dan Hulu Selangor (22),” katanya menerusi Facebook.

JKNS memaklumkan daripada kesemua jangkitan Covid-19 hari ini, sebanyak 1,104 adalah kes dalam komuniti, penjara/lokap (24) dan import (sembilan).

Kata agensi itu secara keseluruhan 138,846 kes penularan Covid-19 dilapor di Selangor dengan 414 kematian.


Pengarang :